20130421

REZEKI SUSAH NAK MASUK..


Ummi terbaca post ni..kadang2 terfikir juga..adalah rahsiaNya..rezeki tu berada dimana2 dan Allah dah tetapkan untuk kita..


Salam

Ada tak yang mengeluh rezeki tak masuk-II ?? Asyik kita hidupp susah je. kalau yang tertanya-II kenape tak rezeki masuk-II ni, ummi nak share dibawah:.




  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  • Tidak bersyukur/banyak mengeluh
  • Riak bila bersedekah
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
  • Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Banyak berbuat maksiat/kemungkaran

Rezeki tu bukan berbentuk wang sahaja tau, rezeki tu macam-II tafsirannya. Kebahagian tu rezeki jugak, peluang sambung study, naik pangkat, dapat anak, jodoh dan banyak lagi boleh di anggap rezeki..


p/s : Kalau banyak rezeki, bersedekahlah. InsyaAllah Allah menjanjikan ganjarannya.
Yang penting ikhlas.

SELAMAT HARI LAHIR KESAYANGAN UMMI

Alhamdulillah..

Syukur pada Mu Ya Allah ..kami diberi peluang dan kesempatan untuk sama-sama bersyukur dengan nikmat umur yang diberikan pada kita hari ini..Ummi bersyukur sangat dengan kurniaan Ilahi untuk bulan april..bila bulan april je ummi akan ingat tarikh lahir yang memberi seribu satu cerita..Insyaallah ummi akn ingat n masuk story tu dalam link abang umar..

Hari lahir ayah n abang umar tahun ni ummi nak buat doa selamat sikit,bagi kawan2 sekolah abang makan pagi..lepas ummi pergi mesyuarat jumaat 5hb tu ummi baru tersedar..ada sesuatu yang kita perlu lakukan untuk rezeki yang kadang2 mudah je untuk kita lakukan dan buat..tapi kita tak sedar..dengan sedikit itu akan ada banyaknya untuk kita tapi dengan niat yang ikhlas..Insyaallah ada rezeki kita sama2 kongsi dengan kebaikan untuk semua orang..


Ummi plan nak buat Mee goreng-minta tolong nenek aisyah masak,ummi beli barang..and ummi nak buat roti pizza comey untuk kawan2 abang..bahan pun daha ada kat rumah..plan konon nak bangun pukul 3..tak menang tangan ummi buat sorang diri..hehe..pukul 3 ummi dah bangun start bancuh tepung ..

Layan..resepi ni ummi dapat dari cikgu ummi belajar tiap2 sabtu petang tu..hehe..Chef Anuar..

Just simple je..malam seblum tu dah sambut..coz esok nak jalan jauh..makan kek Aiskrim oreo..resepi SINI..semangat umar Angry Bird bila nak makan..so..tak sempat keras sepenuhnya asikrim tu..tu yang kena letak dalam talam n tak boleh dikeluarkan lagi..hehe




TAJUDDIN BIN YASIN-10.4.1979=34 thn
MUHAMMAD UMAT THAQIF BIN TAJUDDIN-10.4.2010=3thn




 Senyum dari adik aisyah..trademark baru ni..hehe..

Bawah ni..roti pizza yang ..78biji de dapat dari 1kg tepung and setiap satu 30gm..telah dimakan oleh atuk pagi2 lagi and disonglap umar..tinggal 74,cukup untuk pelajar je..nasib baik buat mee lebih..order 6kg je mulanya..tambah 2 kg lagi..




Doa ummi semoga Abang Sayang menjadi ayah,suami  n anak yang soleh..ditambahkan rezeki,sihat tubuh badan..sejahtera dunia akhirat bersama keluarga kita..

Semoga abang umar menjadi anak yang soleh lembut hati dan baik tingkah laku..berjaya dunia akhirat..

Insyaallah..


Hanya Allah yang tahu hikmatNya

Salam Ahad..

Tajuk post ummi sensitif betul akhir2 ni..hehe..perasaan ummi bercampur baur..macam2 ada..hanya satu ummi ingat segala yang terjadi ada hikmah di sebaliknya..Allah saja yang tau apa yang tersirat untuk kita..apa yang terbaik untuk kita..hari rabu baru ni dapat call dari mr tan lagi..sebelum ni tunguu minta2 ada berita gembira..last2 Mr.Tan kata kereta avanza DBJxxx tu orang yg datang booking sebelum kita datang rabu last week tu pinjaman bank dia lulus..pada awalnya lepas kes avanza SINI ummi dalam dilema antara AVANZA VS EXORA so rabu 10hb april tu lepas ambik abang dari sekolah kita terus ke temerloh,perut pun kenyang lagi baru pas makan mee goreng & roti pizza sempena hari lahir Ayah n abang Umar..semangat dan berdebar2 pun ada,sampai temerloh dalam pukul 2..tgk exora dalam mudah.my macam cantik,tapi bila masuk dalam macam tak eligence je,anak2 umi pula taknak naik masing2 rasa panas,of course la panas,exora tu warna hitam seat pun warna hitam leather seat pula,.then kami bertukar pula naik avanza,.sampai kami berkenan pulak dengan avanza s 1.5 warna hijau,hari tu tak tengok betul2 coz harga cam mahal sangat..ni gambarnya..dalam ok..enjin pun ok..so ummi pun cancel exora nak ambik avanza ni..



 Tapi itula..ada rahsia dari Allah yang kita tak tau..bukan sampai rezeki kita lagi..hari rabu tu lepas dapat berita dari Mr.Tan ayah kata muka ummi nampak sangat kecewa..ummi dah malas nak mencari sebenarnya,takut yang dihajati tak menepati citarasa pulak nanti..sampai pejabat terus tengok mudah.com semula..hehe..then terbaca satu ayat dari kata2 UAI.


Jangan kecewa bila mana apa yang dihajati dan diingini tidak tercapai kerana kadang-kadang Allah tidak akan memberi apa yang kita mahukan tapi Allah berikan apa yang kita perlukan.. 

Then kata2 ni..memang menusuk dalam hati..hehe

Kalau kita suka menunda solat, semua keperluan kita Allah akan tunda juga. Tapi satu yg Allah tak akan tunda iaitu AJAL.

Mungkin itula tandanya untuk kami..search mudah.my ummi dapat pula avanza  dekat area selangor..so balik tanya ayah..kami decide nak try tengok yang tu n minta Mr Tan pulangkan deposit..

Call kedai Mr Henry n kami decide nak pergi hari sabtu,,lupa hari tu orang sibuk dengan hari penamaan calon..awal lagi dah makan langsat,ayah boleh pulak ikut ummi yang tgh pening hehe..masuk highway ikut signboard karak/kuantan..dah tau nak pergi KL hehe..jauh pulak pusing..sampai KL makan langsat lagi masuk sampai taman sri gombak..hehe..mujurla Henry yang ummi call tu nak datang ambik kita berhenti kat mana2..sampai2..dia kata kereta tu dah masuk booking hari selelpas ummi call,so dia simpan kereta lain..ummi rasa stress yang teramat,sampai rasa lesu je nak tengok kereta yang dia simpan tu ,dahla G specs,ummi cari S specs..mood nak siasat segala benda hilang..ummi serah pada ayah je..then habis buat test drive ummi kata nak tgk juga kereta avanza s spec tu,tgk2 ayah cek segala banyak kekurangan,henry tu pula kata kereta tu banyak SOI..so ummi lagi frust,kereta memang cantik tapi banyak problem pula..so discuss2 yang dekat 2 jam lastnya ummi decide bayar depost n booking avanza mula2 1.5 g spec tu..nanti ummi update gambar bila dah ambik..so setlle..alhamdulillah..doa2 moga yang ni selelsai dengan mudah dengan IzinNya..


Insyaallah..