MUHAMMAD ALI SUFI

..Muhammad Ali Sufi Bin Tajudin..
21 Ogos 2008
3.18kg,Normal
18 Syaaban 1429h
10.25am,Khamis
Hospital Nurzahirah Kuala Terengganu



Sedikit coretan saat-saat kelahiran-sekadar ingatan

Alhamdulillah..Syukur pada Ilahi atas kurniaan Zuriat kami yang pertama..Muhammad Ali Sufi..pilihan nama dari ummi dan ayah..pada awalnya ummi nak letak nama lain,tapi keluar2 je ibu tasya dah panggil ali,so letak nama tu dan ummi cadangkan sufi..semoga menjadi ahli sufi suatu hari nanti..itu doa ummi..

Lahir awal 4 hari dari tarikh due 25 hb Ogos,.keluar air pukul 1pg 20hb,ayah pergi rumah tokcik,ummi sempat mandi lagi nak tunggu tok cik dan abah g datang..then pergi klinik seberang takir nak cek jalan,terus suruh pergi hospital,baru 1cm terbukanya..tapi disebabkan tak tau apa2 masa tu,kelahiran pertamala katakan..terusla pergi hospital..sampai pagi tu tak sakit lagi,tengahari sedara mara datang melawat pun tak sakit lagi,berehat je la kat hospital..petang tu lepas asar,darah keluar barula rasa sakit..malam tu ummi memang tak boleh tidur..sakitnya Allah je la yang tau..ummi menangis,call ayah..berapa kali suh nurse cek tengok jalan,6cm tak boleh tolak labour room lagi,nurse kata anak pertama 8-9 cm baru tolak labour room..kontraksi memang datang sejam dua tiga kali,.memang takboleh nak tidola,mesej ayah yg duk kat luar bilik,tak tahan sangat dah..pukul 5pg tu ummi dah tak tahan,cek lagi dah 8cm,nurse kata boleh tolak masuk dah..masuk labour room lepas subuh..tunggu doktor cek then pecahkan air ketuban,sakitnya Ya Allah..tunggu 10 cm baru boleh teran doktor cakap,adoi nak tunggu berapa  lama lagi ni..pukul 9 baru ayah masuk..nurse dah masukkan ubat,duk dalam labour room tu ummi tak rasa sejuk pun..tenaga dah takde,nak minum air pun tak boleh,nurse bagi minum air dua tiga titik je..memang sedih..dah macam2 ayat keluar dari ayah..ummi tengok muka ayah,dia pun dah letih..tak tido malam tadi..pukul 10am kontraksi makin kerap,semua nurse dah datang,.seingat ummi dekat 5 orang nurse..doktor perempuan,muda lagi..mulutnya masaallah bisingnya suruh ummi teran sekuat hati,.sampai terberak ummi rasa..hehe..after 15 minit teran tak keluar juga..ya Allah ummi dah tak de tenaga,tgk ayah..ummi kata 'tak larat dah,buatla apa pun'..ayah kata 'ummi boleh,cuba lagi zikir dan doa bolehnya..sikit lagi'..ummi terharu..terbayang segala dosa2 ummi pada arwah mak,pada abah,pada ayah terutamanya masatu..sempatke ummi nak tebus dan minta ampun pada semua orang..'ya Allah,ampunka dosa2 ku selama ni..muka arwah mak terbayang2,sukarnya nak melahirkan seorang anak dan  macammanala bila dah besar nanti..
geng2 misi pun bising,siap panggil bidan lagi,dua orang doktor..kepala bayi keluar masuk..pukul 10.20 doktor cakap if tak boelh juga kena operate,takut anak lemas..bila kata operate ummi takut..ummi cuba lagi..tepat pukul 10.25..alhamdulillah,.ummi berjaya..syukur pada Allah..abang selamat keluar dari rahim ummi..ayah terkejut,muka abang biru gelap dan yang paling ayah terkejut jantina abang..hehe..BOYS..LELAKI..ayah tak sangka,sebelum ni pun kami sangka girl..doktor suruh azan,ayah iqamat..sampai dua  kali..hehe..Insyaallah,semoga jadi anak yang soleh....doktor bawa baby kat ummi dan kata,tgk anak dan sebut jantina..'LELAKI'..then suruh susukan baby..part ni abang memang hero,.terus menyusu dan taknak lepaskan..sampai misi ambik menangis,lapar sangat la tu..amacam ummi juga..dah tak bertenaga rasanya..alhamdulillah..teringat arwah mak..susahnya lagi orang dulu2 melahirkan..menangis.. tanda syukur pada ilahi..

Ada satu kelebihan bagi wanita2 yang bersalin yang tak dapat diperolehi oleh orang yang tidak seangkatan dengannya..bersyukurla..

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah s.w.t akan beri satu pahala haji.

Siap2 abang dimandikan nurse cakap kena bawa baby tingkat 5,ummi tak sedap hati dah..katanya air ketuban ummi keluar lebih 24 jam,so takut baby kena jangkitan,kena mabik darah and bagi antibiotik dulu..ummi pula duk dalam labour room lagi,kena cuci luka yg teruk..coz ummi banyak kali teran dan sangkut so banyak luka yg perlu dijahit..sakitnya cuci luka dalam tu lagi sakit dari masa nak beranak tu..hehe..mujur ada ibu tasya temankan..ummi dah boleh pindah wad biasa,tgk semua ibu2 duk ngn baby,baby ummi kena duk ting6,.ummi dah risau,nak menyusu baby camne..esok ummi dah boleh balik,.sebelum balik ayah bawa ummi tengok baby,naik kerusi roda..ummi sampai2 tgk baby,menangis ummi baby kena cucuk kat kaki,.tapi ayah kata dia senyap je,setiap kali ayah datang..sejuk je ummi tengok muka dia..hope besar tak nangis..huhu..ummi balik dulu,esok datang lagi nak bagi menyusu,mana boleh ummi duk rumah baby duk hospital..lebih kurang 4 hari ummi berulang dari rumah ke hospital,.time ayah pergi kerja ummi ikut,then ptg balik sama dengan ayah,time ni orang puasa,ummi bawa bekal milo dan roti je .sampai sembelit2 ummi..huhu...hari2 menangis tgk anak ummi,lepas dua hari tgk perkembangan antibodi,,kena kuning pula so kena tahan then duk dalam lampu atas bawah,manala ummi tak nangis..hari ke lima ummi pula duk dgn abang sama2 dalam wad,untuk bagi susu badan sepenuhnya..alhamdulillah,tak tido ummi malam tu coz esok nak keluar juga..cukup2 seminggu,hari khamis petang kami dibenarkan balik,tahap kuning abang dah beransur kurang,tapi still kena ambik darah dekat klinik berdekatan..

Hope abang baca ni,tahu susahnya ummi nak melahirkan kan abang..hehe..

Pahala wanita bersalin

                Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
                                            
 ***

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

                Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

                Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.


********************************************************************************
Abang takde gambar masa hari pertama dan awal kelahiran..banyak gambar,tapi dah hilang ditelan virus..gambar masa mengandunkan abang pun hilang bersama pc komputer ummi yang rosak..huhu..sedih2..takde kenangan yang dapat dilihat..ni je gambar terawal..tak sampai 2 bulan pun lagi..gambar ni di ambil sempena nak buat MyKids dan surat beranak,banyak sangat halangan masa nak buat surat beranak abang,.sijil nikah ummi n ayah tak tau hilang kemana,call rumah atok kat lipis pun takde..so kena buat carian semula di pejabat agama islam kuala lipis..ambil masa yang lama dan kena denda pula..terlalu leceh,.bila dah lepas 14 hari tak daftar lagi,kena bayar denda untuk buat mykids dan perlu ada gambar..jadi lepas ummi habis pantang,terus pergi buat gambar untuk buat mykids abang..konon taknak bayar denda banyak..tapi lepas gambar ni siap..sijil nikah tak siap lagi..tertangguh lagi la nampaknya..

Abang dilahirkan setelah setahun 2 bulan ummi dan ayah bersama..syukur sangat..kami tak merancang pun,mungkin Allah dah tetapkan..hanya Allah yang ketahui apa yang hambanya mampu dan sanggup untuk harungi hidupnya..pada awalnya kami pergi jumpa tukang urut 2 kali jugalah untuk baiki tahap kesihatan ummi ..betulkan kedudukan peranakan ummi,coz ummi pernah jatuh masa belum nikah..Alhamdulillah kuasa Ilahi yang telah tertulis ummi disahkan mengandung semasa ummi semester 3..

Masa mengandungkan abang ummi belajar lagi..tiap bulan naik bas berulang dari sintok kedah balik ke terengganu,mujur kelas tak banyak just 3 kelas dalam seminggu dan perlu siapkan projek final..banyak sangat cabaran disemester akhir study ummi..tapi seingat ummi,alhamdulillah ummi cergas masa tu..muda lagi kot..cuma ummi mabuk/morning sickness pada awal pregnant,ummi tak boleh bau tumis2 ni..makan pun sup je..mula pada tu la ayah yang selalu masak..bila ayah masak ummi duk jauh je dalam bilik..

Ummi paling tak lupakan cabaran masa sarat mengandung kan abang,masa nak siapkan final projek..dengan kekangan kewangan..projek ayah kurang,duit memang satu dugaan masa ni..ayah meminjam dari kawan2..rumah sewa tertonggak,.ummi nak kena pergi kedah tuk siapkan final projek..nak kena print n binding hard cover lagi dekat berapa ratus nak siapkan semua alah tu..memang satu cabaran bagi kami yang mempunyai masalah kewangan..ingat lagi dengan hanya rm200 ummi pergi kedah nak hantar final projek termasuk duit tiket pergi balik..ummi cuba berjimat untuk makan selama seminggu duk kedah..mujur ada kawan ummi yg duk sana,tumpang rumah dia.alhamdulillah..then masalah dengan supervisor ummi yg dekat KL,taknak tandatangan projek ummi..so terpaksala burn markah macamtu je..manala ummi larat nak berulang ke Kl pula masa tu dah 8 bulan bawa abang dalam perut ummi ni..if naik keta takpela..ni nak naik bas..turun naik lrt lagi..adoi....ummi nak stay kedah je,sampai settle..malas dah nak ulang alik ke kedah..alhamdulillah habis hantar final projek dekat dua minggu turun naik tangga..balik terengganu tak sampai sebulan ummi selamat melahirkan anak ummi ni..syukur takde apa2 yang berlaku..

*******************************************************************************
1 BULAN 25 HARI (55hari)

Gambar di bawah ni pun ehsan dari Luz Macia masa ummi konvo..gambar dari kamera ummi semua hilang sedih2..takde gambar abang kenangan masa di kedah..hehe

18.10.2008






KENANGAN MENGUSIK JIWA..

Alhamdulillah ummi selamat berkonvoi juga dengan keadaan yang kurang mengizinkan kalau ikutkan..baru lepas pantang,tak sampai 60 hari lagi..dengan masalah kewangan..dengan masalah kereta lagi..betullah orang kata masa susah memang kita boleh hilang sedara mara..malah adik beradik sendiri pun kadang tak pandang kita..bila diingatkan kembali ketika ummi masa ni memang ummi rasa kita macam takde apa2..nak pinjam duit dengan keluarga sendiri pun rasa segan..nak pinjam kereta untuk pergi kedah apatah lagi..mana ada orang bagi pinjam free kan..sekurang2 nya kenala bayar rm200-300 nak sewa kereta..manala mampu..ingat lagi masa ni..hanya ada rm300 dalam poket nak pergi kedah..naik bukit dekat gerik ,tokcik tak habis2 berzikir,kecut perut pun ada..kereta mati sekejap kat atas tu..sampai kedah dah malam..so rest makan nasi yg bawa bekal dari terengganu..syukur ada kawan bagi tumpang rumah..tidak nak duk manala kan..pagi tu lepas ayah hantar ummi kat dewan,tokcik je yg masuk..abang tinggal kat rumah ana kawan ummi..then ayah pergi baiki kereta..kenala rm60,alhamdulillah tak banyak sangat..bolehla makan tuk tengahari..habis konvoi g makan then terus bertolak balik ke terengganu semula..ingat nak pergi bukit kayu hitam..tak jadi..masa tu family syana-member ummi pun balik sama..kami balik ikut cameroon pulak..sampai terengganu dalam pukul 4pg..alhamdulillah takde apa2 berlaku dengan kereta..syukur sangat pada Mu Ya Allah..

*********************************************************************************
2 BULAN 22 HARI

13.11.2008
Gambar sempena Untuk buat MyKids di kedai gambar batu 6

*********************************************************************************

3 BULAN

9.12.2008
Hari raya AidilAdha 2008

Sempena majlis pertunangan kakak gigi-kg duyong


12.12.2008
 Majlis kenduri kahwin sedara-mara..sebelum kena chicken Pop


14.12.2008
Chicken Pop melanda
Chicken pop ni hasil dari jangkitan sepupu-sepupu semasa balik dari hantar atok manan di KL untuk menunaikan haji di Mekah..awalnya along haris yang kena then merebak ke adik beradik dia,sampai abang pun berjangkit sama..Tuhan je la yang tahu,kesian sangat anak ummi masa ni..menangis je,tangan berbalut tu taknak bagi garu dan kesan parut bila besar nanti..tapi ada juga parut hingga sekarang-5tahun..hehe.
gambar bawah ni dah baik..
2.1.2009
 
bersama-sama tokcik..

4-12 BULAN

 Di KLCC sempena ambik atok balik dari mekah menunaikan Haji..

Bersama cik Ijat di MC D Bentong

Hadiah kopiah dari mekah,daripada Atok Manan..

 Demam sebelum balik terengganu..

Balik terengganu 2 minggu demam semula..

Saya dah sihat..


6-12 BULAN




Abang dah boleh merangkak and belajar berdiri..8 bulan..

Di Pantai merang-sempena hantar Anjang- Hasanuddin temuduga Juru-Xray KKM..