20140307

RESAH..

Salam jumaat..
Doa ummi ,moga anak 2 ummi sihat selalu dalam rahmatNya..terutama buat suami kesayangan ummi..

Tajuk ummi hari ni,memang ummi tengah resah bimbang gelisah..semua ada,dari mimpi ummi malam tadi,tak boleh tido lena..selalu dibayang-bayangan..entahla..ummi rasa tak sedap hati sangat..orang kata mimpi itu mainan..mungkin juga satu petanda..setakat ni dah dua kali ummi mimpi benda yang sama dan akan terjadi pada ummi..bila mimpi yang ke 4 ni,ummi rasa tak sedap hati je..semua benda ummi buat hari ni tak menentu..mood pun tak de..tapi alhamdulillah semua masalah kerja dapat selesai,mungkin ada hikmahNya..

Mimpi pertama masa ummi dekat UUM,mimpi tercabut gigi,tak ingat gigi mana..dalam seminggu nenek ummi sebelah mak meninggal. mimpi kali kedua di Terengganu,.ummi ingat lagi lepas mimpi tu ummi tak sedap hati,masa tu tengah adakan pameran barangan tembaga dekat pantai batu buruk bersama geng2 tekno-mara sirim..rupanya PakNgah adik beradik atok meninggal lepas 2 hari ummi mimpi tu..kali ke 3,baru lagi dalam sebulan dua berlalu,.tiada apa2 ..alhamdulillah..

Tapi malam tadi,ummi ingat sangat2 ummi berus gigi,tiba2 tercabut berterabur gigi ummi 4 batang geraham atas bawah and yg ke 5 bergoyang2,.terus ummi tersedar..istigfar panjang ummi..berdebarnya Allah je yang tahu..ummi bangun berdoa minta keluarga semua dilindungi..Insyaallah tiada apa yang berlaku,mimpi itu kan mainan tido..sampai2 pejabat ummi google tafsiran mimpi,tuk hilangkan runsing ummi ni..macam2 pendapat dan pandangan..

insyaallah doa ummi lagi tiada apa2 yang buruk berlaku dalam keluarga terdekat ummi..andai itu takdirNya..doakan yang terbaik buat kita semua..ummi jumpa 1 blog ni bila kita rasa resah gelisah,amalkan doa ni..Insyaallah daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita Kemabali..hanya daripada Allah segala yang terbaik itu..

Doa Ketika Resah Gelisah

Written By puterablog1malaysia on Saturday | 8:08 AM

Doa ketika resah gelisah:
Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah.


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan.
Baginda selalu berdoa seperti berikut :

 “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”;
maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”


Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan.

Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ;

“..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu..

Amin..