20140326

MUHAMMAD UMAR THAQIF

Umar..umar..umar..habis 1 lorong agaknya dengar ummi panggil umar pagi ni..tajuk pun nama umar..

Muhammad Umar Thaqif tajudin..cerita ummi hari ni..kenapa umar pula ummi nak cita ni.?..huhu..ummi berdebar,menangis dan sebak dada dari panggil nama umar sampai la ummi menaip kisah ni..huhu..Umar yang comey dan sangat menyejukkan hati ummi masa dari baby lagi,sampai la sekarang..ummi masih rasa sejuk dan comey je rasa anak ummi sorang ni..

Pergi mana2 semua orang kata umar berbeza dari abang ngn adik,umar gelap sikit,.muka pun tak tahu ikut muka sapa..bila orang tgk mesti kata umar comey,.masa kecik pun umar rapat dengan ayah,semuanya ayah..coz masa kecil umar tak banyak kerenah,.umur 1 thn 6 bulan umar dah dapat adik..tak sempat nak merasa manja ummi,tak merasa tidur atas ummi sehingga umur dua tahun,isap susu ummi pun sepenuhnya samapi 6 bulan je,pastu ummi berkongsi susu dengan dumex sampaila sekarang umar nak masuk 4 thn dalam tak sampai 2 minggu je lagi..
Umarla pembuka rezeki ummi dapat kerja dekat kampung..
Umar juga dilahirkan tarikh yang sama dengan tarikh kelahiran ayah..hadiah hari lahir untuk ayah yg ummi takkan lupa sampai bila2..
terima kasih Ya Allah dikurniakan anak yang bernama Umar ini..melihat gambar2 di atas ummi rasa hilang segala kecelaruan ummi..
Umar juga merupakan anak ummi yang paling awal mula berjalan pada umur tak sampai 10bulan..tapi hari ini..
-
-
-
-
-
--
-
-
-
.pagi tadi..sebelum pergi kerja..ummi rasa nk luruh jantung..umar buat ummi rasa nk marah ,nak pengsan semua ada..untuk kali keberapa dah ni..ummi rasa yg ke 5..dan ummi harap ini yg terakhir,umar jalan sorang2 dan membuatkan kami semua tak tentu arah mencari serata kampung..hari ini umar hilang dan berjalan sampai ke jalan besar..ini yang membuatkan ummi memang sebak dan sampai menangis ummi..
Ya Allah,aku bersyukur engkau lindunginya..Alhamdulillah..

Kali pertama umar hilang,pada umur 2 tahun lebih tak silap ummi..umar duduk bersama ayah dirumah..ada orang kg jumpa di kolam  hujung kampung menghampiri kubur,
kali kedua senyap2 pergi rumah jiran sebelah (nenek)
Kali ke 3 pun senyap2 hilang masa main depan rumah ,puas cik ijat mencari sampai ke kolam,ayah keliling kampung..rupa2 nya nenek bawa ke kedai naik motor.
kali ke 4 pun hilang senyap2,rupa2 nya tido kat rumah nenek..

setiap pencarian kehilangan itu,memang satu rumah la bising memanggil umar,umar,umar..
Subhanallah..Allah je la yg tahu perasaan ummi ngn ayah masa tu..

Doaku Ya Allah,jangan la kau hilangkan lagi anak ku ini ..kau panjangkan lah umurnya,berilah kesihatan dan kesejahteraan ke atasnya..kurniakanlah ia  akal yang bijak untuk menjadi khalifah dan umat Nabi Muhammad yang pintar dalam mencari ilmu di dunia dan akhirat..




20140307

RESAH..

Salam jumaat..
Doa ummi ,moga anak 2 ummi sihat selalu dalam rahmatNya..terutama buat suami kesayangan ummi..

Tajuk ummi hari ni,memang ummi tengah resah bimbang gelisah..semua ada,dari mimpi ummi malam tadi,tak boleh tido lena..selalu dibayang-bayangan..entahla..ummi rasa tak sedap hati sangat..orang kata mimpi itu mainan..mungkin juga satu petanda..setakat ni dah dua kali ummi mimpi benda yang sama dan akan terjadi pada ummi..bila mimpi yang ke 4 ni,ummi rasa tak sedap hati je..semua benda ummi buat hari ni tak menentu..mood pun tak de..tapi alhamdulillah semua masalah kerja dapat selesai,mungkin ada hikmahNya..

Mimpi pertama masa ummi dekat UUM,mimpi tercabut gigi,tak ingat gigi mana..dalam seminggu nenek ummi sebelah mak meninggal. mimpi kali kedua di Terengganu,.ummi ingat lagi lepas mimpi tu ummi tak sedap hati,masa tu tengah adakan pameran barangan tembaga dekat pantai batu buruk bersama geng2 tekno-mara sirim..rupanya PakNgah adik beradik atok meninggal lepas 2 hari ummi mimpi tu..kali ke 3,baru lagi dalam sebulan dua berlalu,.tiada apa2 ..alhamdulillah..

Tapi malam tadi,ummi ingat sangat2 ummi berus gigi,tiba2 tercabut berterabur gigi ummi 4 batang geraham atas bawah and yg ke 5 bergoyang2,.terus ummi tersedar..istigfar panjang ummi..berdebarnya Allah je yang tahu..ummi bangun berdoa minta keluarga semua dilindungi..Insyaallah tiada apa yang berlaku,mimpi itu kan mainan tido..sampai2 pejabat ummi google tafsiran mimpi,tuk hilangkan runsing ummi ni..macam2 pendapat dan pandangan..

insyaallah doa ummi lagi tiada apa2 yang buruk berlaku dalam keluarga terdekat ummi..andai itu takdirNya..doakan yang terbaik buat kita semua..ummi jumpa 1 blog ni bila kita rasa resah gelisah,amalkan doa ni..Insyaallah daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita Kemabali..hanya daripada Allah segala yang terbaik itu..

Doa Ketika Resah Gelisah

Written By puterablog1malaysia on Saturday | 8:08 AM

Doa ketika resah gelisah:
Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah.


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan.
Baginda selalu berdoa seperti berikut :

 “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”;
maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”


Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan.

Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ;

“..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu..

Amin..

20140305

BERKARAT.....

Salam 2014..

Berkarung2,berkepuk2,berkulat2 dah ibaratnya ..lama sungguh ummi tak update blog ni..nk menulis sehari  sehari macam2 alasan dan seangkatan dgnnya..

Lamanya ummi tak menaip,terlalu lama rasanya..last update time cuti sekolah di kuantan..BERKARAT sungguhla kan..kalau stainless steel tu mungkinla tak sempat berkarat lagi,tapi kalau otak pun dah tua,semakin hari usia dan masa bergerak seiring pasti ada sesuatu yang berkarat dan tertinggal..

Maafkan diri hamba mu ini Ya Allah,.terlalu leka ,alpa dan lalai dengan dunia..jika dapat diputarkan masa ummi ingin kembali ke tahun 2000..hihu..mana mungkin akan terjadikan..setiap yang berlaku telah ditentukan..kita hanya mengikut masa dan peredaran yang semakin hari semakin cepat masa itu berlalu..

Panjang sungguh ummi sembang..nak cita apa ya..hehe..Insyaallah,ummi akan kembali aktif dan selitkan masa2 yang ada untuk kembali menulis..kita tinggalkan perkara yang sudah berlalu..biarlah ia sebagai besi karat yang akan mereput sedikit demi sedikit..TAPI...ummi masih ada lagi gambar2 lama yg ummi simpan..ada kesempatan,.ummi letak dalam blog ni,sebagai kenangan untuk masa2 akan datang..if simpan dalam gajet2 tu semua,mungkin akan hilang..

Hari ni ummi just nak update pages Adik Aisyah yang lama sangat tu..Allah je la tahu..betapa ummi ni banyak betul bazir masa kan..huhu

Insyaallah..to be continued...


-

-
-
-
-
-
-
-