Ummi Bakery

RESEPI COTTON JAPANESE CHEESE CAKE..

credit tuk zach..ummi rajin juga godek2 n cuba resepi dia..dia banyak bagi tips dan step by step..macam kek angry bird hari jadi umar tu..SINI..ummi ambik step dia dari sini..hehe..walaupun ummi buat tak comey..tapi sedap hingga menjilat jari..hehe-coz aiskrim meleleh..:-)



Bahan-bahan ( loyang size 8inci )


Bahan A :
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)/*ummi guna susu cair
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon - aku guna 2 sudu besar
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

** butter & cream cheese biarkan pada suhu bilik


Bahan B :
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon

Blueberry filling tuk hiasan

Cara-cara: 
Utk adunan A: 
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon serta gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).

Utk adunan B: 
1. Sediakan loyang. Alaskan dasar dengan baking paper. Ketepikan. Panaskan oven 160C.

2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/limau, sampai berbuih-buih. Tambahkan gula, pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B, kacau smpai sebati.

3. Tuang adunan kek dlm loyang. Bakar kek dalam kira-kira 1jam dengan cara au bain-marie (waterbath), pada 160C/325F. Biarkan sejuk dalam loyang sebentar sebelum dikeluarkan. Pastikan tidak terus keluar dari oven selepas masak untuk pengecutan yang terlampau ketara.



CREAM CARAMEL YUMMY


Resepi ummi biasa dan simple je..nanti ummi letak..tapi yg ni resepi dari chef ummi,-chef anuar yg mengajar ummi tiap petang sabtu tu..memang 'yum yum yum delicious'..kata umar..hehe..ummi scan je dari nota chef..hehe..malas betulla kan..







Resepi kek Tiramisu :

Di bawah ni resepi tiramisu sponge kek..1st time buat..alhamdulillah menjadi..dah lama barang2 ada dalam peti..so kebetulan semua ada balik and request nak makan kek,umi pun buatla kek ni..semua tak tau kek apa..hehe..memang sedap dan tak cukup..tapi tak boleh makan banyakla..ummi ambbik resepi dari sini..


1 biji kek span sama da coklat atau vanila, ( ummi guna sponge kek mix sebanyak 500gm..masa ni semua balik..)
250 whipping cream 
200gm Creame Cheese 
1/2 cawan gula halus 
1/2 atau 1 cawan air panas di bancuh bersama1 sudu nescafe
serbuk koko dan serbuk nescafe untuk hiasan..

Cara:
1. putar krim dan cheese, gula, hingga kembang gebu
2. potong kek 2/3 bahagian, ketepikan
3. atas lapisan kek pertama, tuangkan 1/3 bancuhan nescafe tadi rata rata
4. sapukan 1/3 krim tadi atas kek tadi,dan mula melepa
5. letak kan lapisan kedua dan ulangi langkah yang sama hingga lapisan kek ke 3
6. simpan kek sebentar di dalam peti sejuk
7. kemudian baki krim tadi  boleh la di sapu di atask kek itu tadi, 
8. taburkan serbuk coklat dan nescafe atas kek itu..

Gmbar jari tu ehsan dari abang umarla..hehe