20140307

RESAH..

Salam jumaat..
Doa ummi ,moga anak 2 ummi sihat selalu dalam rahmatNya..terutama buat suami kesayangan ummi..

Tajuk ummi hari ni,memang ummi tengah resah bimbang gelisah..semua ada,dari mimpi ummi malam tadi,tak boleh tido lena..selalu dibayang-bayangan..entahla..ummi rasa tak sedap hati sangat..orang kata mimpi itu mainan..mungkin juga satu petanda..setakat ni dah dua kali ummi mimpi benda yang sama dan akan terjadi pada ummi..bila mimpi yang ke 4 ni,ummi rasa tak sedap hati je..semua benda ummi buat hari ni tak menentu..mood pun tak de..tapi alhamdulillah semua masalah kerja dapat selesai,mungkin ada hikmahNya..

Mimpi pertama masa ummi dekat UUM,mimpi tercabut gigi,tak ingat gigi mana..dalam seminggu nenek ummi sebelah mak meninggal. mimpi kali kedua di Terengganu,.ummi ingat lagi lepas mimpi tu ummi tak sedap hati,masa tu tengah adakan pameran barangan tembaga dekat pantai batu buruk bersama geng2 tekno-mara sirim..rupanya PakNgah adik beradik atok meninggal lepas 2 hari ummi mimpi tu..kali ke 3,baru lagi dalam sebulan dua berlalu,.tiada apa2 ..alhamdulillah..

Tapi malam tadi,ummi ingat sangat2 ummi berus gigi,tiba2 tercabut berterabur gigi ummi 4 batang geraham atas bawah and yg ke 5 bergoyang2,.terus ummi tersedar..istigfar panjang ummi..berdebarnya Allah je yang tahu..ummi bangun berdoa minta keluarga semua dilindungi..Insyaallah tiada apa yang berlaku,mimpi itu kan mainan tido..sampai2 pejabat ummi google tafsiran mimpi,tuk hilangkan runsing ummi ni..macam2 pendapat dan pandangan..

insyaallah doa ummi lagi tiada apa2 yang buruk berlaku dalam keluarga terdekat ummi..andai itu takdirNya..doakan yang terbaik buat kita semua..ummi jumpa 1 blog ni bila kita rasa resah gelisah,amalkan doa ni..Insyaallah daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita Kemabali..hanya daripada Allah segala yang terbaik itu..

Doa Ketika Resah Gelisah

Written By puterablog1malaysia on Saturday | 8:08 AM

Doa ketika resah gelisah:
Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghindari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah.


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan.
Baginda selalu berdoa seperti berikut :

 “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”;
maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”


Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan.

Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ;

“..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu..

Amin..

20140305

BERKARAT.....

Salam 2014..

Berkarung2,berkepuk2,berkulat2 dah ibaratnya ..lama sungguh ummi tak update blog ni..nk menulis sehari  sehari macam2 alasan dan seangkatan dgnnya..

Lamanya ummi tak menaip,terlalu lama rasanya..last update time cuti sekolah di kuantan..BERKARAT sungguhla kan..kalau stainless steel tu mungkinla tak sempat berkarat lagi,tapi kalau otak pun dah tua,semakin hari usia dan masa bergerak seiring pasti ada sesuatu yang berkarat dan tertinggal..

Maafkan diri hamba mu ini Ya Allah,.terlalu leka ,alpa dan lalai dengan dunia..jika dapat diputarkan masa ummi ingin kembali ke tahun 2000..hihu..mana mungkin akan terjadikan..setiap yang berlaku telah ditentukan..kita hanya mengikut masa dan peredaran yang semakin hari semakin cepat masa itu berlalu..

Panjang sungguh ummi sembang..nak cita apa ya..hehe..Insyaallah,ummi akan kembali aktif dan selitkan masa2 yang ada untuk kembali menulis..kita tinggalkan perkara yang sudah berlalu..biarlah ia sebagai besi karat yang akan mereput sedikit demi sedikit..TAPI...ummi masih ada lagi gambar2 lama yg ummi simpan..ada kesempatan,.ummi letak dalam blog ni,sebagai kenangan untuk masa2 akan datang..if simpan dalam gajet2 tu semua,mungkin akan hilang..

Hari ni ummi just nak update pages Adik Aisyah yang lama sangat tu..Allah je la tahu..betapa ummi ni banyak betul bazir masa kan..huhu

Insyaallah..to be continued...


-

-
-
-
-
-
-
-

20130608

CUTI SEKOLAH PART 2

Alhamdulillah..ummi menulis dalam keadaan pening kepala yang teramat ni..healing crisis ke ummi ni..huhu..dari pagi tadi lagi,lepas makan omega tu rasa kepala pusing je..ke sebab apa ya..sejak alami pertambahan berat badan ni macam2 rasa yg tidak enak berlaku pada badan..ayah pun dah mula tegur pemakanan ummi..coz test baju raya pun cam sempit..huhu..so semangat je lebih nak turunkan berat badan ni..insyaallah kena usaha dan tawakkal..abang ali pun dah kata ummi gemuk..huhu..terasanya hati ..agaknya betulla bila jadi orang yg berbadan gempal ni hatinya mudah terasa..hehe..

pepun ummi nak sambung kisah kedua di kuantan..bertolak dari rumah cik wa pukul 2.30..atuk dah mula berbunyi bila semua orang lambat,perut dah laparla katakan..balik dari mandi manda tu memang plan tak nak masak tghr pun..hehe..sempat lagi maklong dan anak2 buah makan roti ngn sekaya sementara nak tunggu semua orang bersiap..sampai di kuantan dalam pukul terus ke restoran nasi arab..tujuannya memang nak pergi makan je pun..Atuk belanjala apa lagi..setahun sekali pergi kuantan memang atuk belanja..hehe
layan je gambar-gambar di bawah..ummi tak sempat snap banyak pun..cam biasala kena jaga anak..'jgn sibuk duk ambik gambar je'..ayat ayahla tu..hihu..

RESTORAN DALLAH-NASI ARAB

Adik Aisyah nak masuk ikut pintu kecil tu..tak muat..gelak di cik ijat je..


habis satu barisan kami conquer..alhamdulillah tak ramai sangat orang..

Abang ngn Yaya..anak2 ummi ni tak leh pisah dah bila berjumpa..

Cukup column semua ada kecuali abah along n cik apis..

Ni la nama restoran tu..ni buku menu dia..

cubaan Husna makan menu..:-)

kami pilih Family set 2 Set..so dia bagi nasi sepinggan besar ni,ala-ala berada di arab..then semua lauk pauk berasaskan daging kambing dan ayam..

roti ni percuma bagi yg order family set..if single harga lain..air termasuk dalam harga tuk family set ya..

ni sebelum langsai..sedih..ummi tak sempat ambik gambar lagi..layan budak2 kecik..nak makan pun memang takde feel..kena datang semula makan berdua je..hehe..

ni selepas habis makan..lincin..takde pun yg ditinggalkan kecuali tulang..bersepah tu biasala..ramai sangat tukang kemas yg comey2..hehe

Aksi-aksi selepas makan..
gambar-gambar ni semua abang yang ambik..ayah lepas dan sebelum makan pun tak senyum..tertelan halba kot ..hehe

Aksi paklong..mungkin lama tak ketawa..



Yaya

Abang

Yang ni ummi geram sekali..huhu..tgk gambar ni la buat ummi semangat nak turunkan berat badan..yuhuuu...

Plan nak g shoping konon..tgk2 sale kat parkson sampai 2hb jun je..dah petang dengan budak2 pulak tu..so tukar plan ke TC-Teluk cempedak..sambung part 3 la..
alhamdulillah

20130605

CUTI SEKOLAH 2ND WEEK di KUANTAN 1

Salam..alhamdulillah syukur kehadratnya..tika ummi menulis post ni setelah 4 hari bercuti/balik menziarah pak mertua maklong Nani yang sakit..tajuk atas tu saje je padahal baru sorang anak ummi sekolah..tu pun baru tadika dan selalu sangat tak pergi sekolah,.maklumla ummi ni cuti isnin selasa,abang pula cuti sabtu ahad,then bila nak  balik terengganu takkan nak balik dua hari je kan..ponat badan je..tu yg selalu abang terlajak cuti dan ummi pula terpaksa keja isnin selasa minggu sebelum tuk bercuti ganti sabtu ahad..hehe

Post ni ummi tulis setelah kembali kerja balik dari kuantan..plan awal nak pergi aquaria sambil2 tu boleh bershopping di KL terpaksa dibatalkan..takde sorang pun nak pergi KL and semua orang KL pergi bercuti keluar..hehe..setelah seminggu abang cuti sekolah and ummi ada kelas,.kepala pun mula serabut ummi pun planla nak kemana-mana,tidak kita duk rumah je,ayah g cari ayam..bosan weh..plan KL tak jadi ayah bg cadangan kita ke kuantan..so plan bertukar ke kuantan,ingat nak pergi lepas kenduri kahwin di kampung hari ahad tak jadi,coz kebetulan terus nak pergi ziarah orang sakit..kita bertolak pagi dalm kul 10am..abang semangat sekali bila nak berjalan..semua bangun awal,ummi juga kelam kabut tak kemas barang lagi..dah plan hari ahd,ummi pun relax je la malam tu..kek nak sambut anniversary ummi ngn ayah pun tertunda..hehe..
  Adik aisyah bila berjalan cari stokin ngn kasutla..anak dara ummi ni didikan acik diala ni..
 Abang sempat lagi mewarna..abang umarla tukang pegang kertas dia bila nak ambik gambar
 Gaya Peace tak jadi..

Sampai kuantan rumah cik wa dalam kul 2ptg..semua lapar..kelam kabut kak ngah maemasak,coz kita sampai satu benda pun tak masak..abah ngn c.ijat sempat tidur lagi..lepas makan bersiap2 nak pergi ziarah rumah mak long di pekan..ummi tak sempat snap gambar pun,ziarah orang sakitkan..so satu gambar pun takde..maklong masak spageti tapi tak cukup,lastnya pak long ajak makan di benteng pekan..okla juga mee jawa yg ummi makan..lain2 order sendiri2..gambar ummi  takde pun kena layan anak2 so ayah tak bagi ambik gambar..huhu


hari kedua di kuantan ummi tak pergi mana2 pun,coz ayah dah plan dia nak pergi cari ayam dan burung..so ummi duk rumah je la jaga budak2 ribena seramai 9 orang..anak maklong abg ain&abg affan,c.wa 4 orang and mestila anak ummi 3 orang..tuan rumah semua pergi kenduri..malam tu maklong tidur rumah ibu wa..coz esok pagi2 plan nak berkelah di sungai mas kuantan..
 pukul 8am dah sampai sini..semangat semua..cuba nak g keja ada awal macam ni..hehe..semua join except abah ngah(keja) ngn cik apis..

sampai2 terus masuk dalam air..budak2 takde sejuknya..

Husna awal2 lagi nak masuk air..makan batu je la dia..

yaya,abang n moni..dari berbaju sampai tak berbaju..

Bersama udang yg yaya jumpa..


Adik aisyah dah mula menangis..

santai..

Adik Aisyah dah mula lapar..hisap jari.





Sibuk duk jaga udangla kononnya..akhirnya udang tu mati di hempap batu dikerjakan budak2 ni la..


Alhamdulillah 8.00am-11.30am.
Tak sempat pun nak snap gambar time makan2 tu..

Semua boy naik keta umi..sesak..:-)

Sampai rumah semua pengsan,kecuali budak2 ni la..kami yg dewasa ni semua tidur..bangun2 dalam pukul 1 atok dah mula lapar n ajak pergi makan..so bersiap2 nak g bandar kuantan..sambung di part 2 esokla..






20130523

FENING vs PENING..

Salam..

Syukur padaNya..Alhamdulillah..lama sungguh ummi tak menulis..serabut..pening dan banyak betul cabaran dan dugaan..selebihnya main game bila pening..hehe..
 Entry ummi yang terakhir cerita pasal birthday ayah dan abang umar..SINI..uiii..lama tu dari april sampai sekarang dan nak masuk jun..banyak cerita tertinggal kan..

kenapala ummi ni banyak sangat sifat M ni..camne nak buang..serabut kepala rasa..kena banyak istighfar ni..huhu..k la ummi nak cita pasal apa ya yg lama tertinggal lepas birthday tu..oo kisah kereta avanza yg terbengkalai..hehe..akhirnya di saat dan ketika ini..avanza dah jadi milik ummi..pinjam lagila dengan ambank..

20130421

REZEKI SUSAH NAK MASUK..


Ummi terbaca post ni..kadang2 terfikir juga..adalah rahsiaNya..rezeki tu berada dimana2 dan Allah dah tetapkan untuk kita..


Salam

Ada tak yang mengeluh rezeki tak masuk-II ?? Asyik kita hidupp susah je. kalau yang tertanya-II kenape tak rezeki masuk-II ni, ummi nak share dibawah:.




  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  • Tidak bersyukur/banyak mengeluh
  • Riak bila bersedekah
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
  • Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Banyak berbuat maksiat/kemungkaran

Rezeki tu bukan berbentuk wang sahaja tau, rezeki tu macam-II tafsirannya. Kebahagian tu rezeki jugak, peluang sambung study, naik pangkat, dapat anak, jodoh dan banyak lagi boleh di anggap rezeki..


p/s : Kalau banyak rezeki, bersedekahlah. InsyaAllah Allah menjanjikan ganjarannya.
Yang penting ikhlas.

SELAMAT HARI LAHIR KESAYANGAN UMMI

Alhamdulillah..

Syukur pada Mu Ya Allah ..kami diberi peluang dan kesempatan untuk sama-sama bersyukur dengan nikmat umur yang diberikan pada kita hari ini..Ummi bersyukur sangat dengan kurniaan Ilahi untuk bulan april..bila bulan april je ummi akan ingat tarikh lahir yang memberi seribu satu cerita..Insyaallah ummi akn ingat n masuk story tu dalam link abang umar..

Hari lahir ayah n abang umar tahun ni ummi nak buat doa selamat sikit,bagi kawan2 sekolah abang makan pagi..lepas ummi pergi mesyuarat jumaat 5hb tu ummi baru tersedar..ada sesuatu yang kita perlu lakukan untuk rezeki yang kadang2 mudah je untuk kita lakukan dan buat..tapi kita tak sedar..dengan sedikit itu akan ada banyaknya untuk kita tapi dengan niat yang ikhlas..Insyaallah ada rezeki kita sama2 kongsi dengan kebaikan untuk semua orang..


Ummi plan nak buat Mee goreng-minta tolong nenek aisyah masak,ummi beli barang..and ummi nak buat roti pizza comey untuk kawan2 abang..bahan pun daha ada kat rumah..plan konon nak bangun pukul 3..tak menang tangan ummi buat sorang diri..hehe..pukul 3 ummi dah bangun start bancuh tepung ..

Layan..resepi ni ummi dapat dari cikgu ummi belajar tiap2 sabtu petang tu..hehe..Chef Anuar..

Just simple je..malam seblum tu dah sambut..coz esok nak jalan jauh..makan kek Aiskrim oreo..resepi SINI..semangat umar Angry Bird bila nak makan..so..tak sempat keras sepenuhnya asikrim tu..tu yang kena letak dalam talam n tak boleh dikeluarkan lagi..hehe




TAJUDDIN BIN YASIN-10.4.1979=34 thn
MUHAMMAD UMAT THAQIF BIN TAJUDDIN-10.4.2010=3thn




 Senyum dari adik aisyah..trademark baru ni..hehe..

Bawah ni..roti pizza yang ..78biji de dapat dari 1kg tepung and setiap satu 30gm..telah dimakan oleh atuk pagi2 lagi and disonglap umar..tinggal 74,cukup untuk pelajar je..nasib baik buat mee lebih..order 6kg je mulanya..tambah 2 kg lagi..




Doa ummi semoga Abang Sayang menjadi ayah,suami  n anak yang soleh..ditambahkan rezeki,sihat tubuh badan..sejahtera dunia akhirat bersama keluarga kita..

Semoga abang umar menjadi anak yang soleh lembut hati dan baik tingkah laku..berjaya dunia akhirat..

Insyaallah..


Hanya Allah yang tahu hikmatNya

Salam Ahad..

Tajuk post ummi sensitif betul akhir2 ni..hehe..perasaan ummi bercampur baur..macam2 ada..hanya satu ummi ingat segala yang terjadi ada hikmah di sebaliknya..Allah saja yang tau apa yang tersirat untuk kita..apa yang terbaik untuk kita..hari rabu baru ni dapat call dari mr tan lagi..sebelum ni tunguu minta2 ada berita gembira..last2 Mr.Tan kata kereta avanza DBJxxx tu orang yg datang booking sebelum kita datang rabu last week tu pinjaman bank dia lulus..pada awalnya lepas kes avanza SINI ummi dalam dilema antara AVANZA VS EXORA so rabu 10hb april tu lepas ambik abang dari sekolah kita terus ke temerloh,perut pun kenyang lagi baru pas makan mee goreng & roti pizza sempena hari lahir Ayah n abang Umar..semangat dan berdebar2 pun ada,sampai temerloh dalam pukul 2..tgk exora dalam mudah.my macam cantik,tapi bila masuk dalam macam tak eligence je,anak2 umi pula taknak naik masing2 rasa panas,of course la panas,exora tu warna hitam seat pun warna hitam leather seat pula,.then kami bertukar pula naik avanza,.sampai kami berkenan pulak dengan avanza s 1.5 warna hijau,hari tu tak tengok betul2 coz harga cam mahal sangat..ni gambarnya..dalam ok..enjin pun ok..so ummi pun cancel exora nak ambik avanza ni..



 Tapi itula..ada rahsia dari Allah yang kita tak tau..bukan sampai rezeki kita lagi..hari rabu tu lepas dapat berita dari Mr.Tan ayah kata muka ummi nampak sangat kecewa..ummi dah malas nak mencari sebenarnya,takut yang dihajati tak menepati citarasa pulak nanti..sampai pejabat terus tengok mudah.com semula..hehe..then terbaca satu ayat dari kata2 UAI.


Jangan kecewa bila mana apa yang dihajati dan diingini tidak tercapai kerana kadang-kadang Allah tidak akan memberi apa yang kita mahukan tapi Allah berikan apa yang kita perlukan.. 

Then kata2 ni..memang menusuk dalam hati..hehe

Kalau kita suka menunda solat, semua keperluan kita Allah akan tunda juga. Tapi satu yg Allah tak akan tunda iaitu AJAL.

Mungkin itula tandanya untuk kami..search mudah.my ummi dapat pula avanza  dekat area selangor..so balik tanya ayah..kami decide nak try tengok yang tu n minta Mr Tan pulangkan deposit..

Call kedai Mr Henry n kami decide nak pergi hari sabtu,,lupa hari tu orang sibuk dengan hari penamaan calon..awal lagi dah makan langsat,ayah boleh pulak ikut ummi yang tgh pening hehe..masuk highway ikut signboard karak/kuantan..dah tau nak pergi KL hehe..jauh pulak pusing..sampai KL makan langsat lagi masuk sampai taman sri gombak..hehe..mujurla Henry yang ummi call tu nak datang ambik kita berhenti kat mana2..sampai2..dia kata kereta tu dah masuk booking hari selelpas ummi call,so dia simpan kereta lain..ummi rasa stress yang teramat,sampai rasa lesu je nak tengok kereta yang dia simpan tu ,dahla G specs,ummi cari S specs..mood nak siasat segala benda hilang..ummi serah pada ayah je..then habis buat test drive ummi kata nak tgk juga kereta avanza s spec tu,tgk2 ayah cek segala banyak kekurangan,henry tu pula kata kereta tu banyak SOI..so ummi lagi frust,kereta memang cantik tapi banyak problem pula..so discuss2 yang dekat 2 jam lastnya ummi decide bayar depost n booking avanza mula2 1.5 g spec tu..nanti ummi update gambar bila dah ambik..so setlle..alhamdulillah..doa2 moga yang ni selelsai dengan mudah dengan IzinNya..


Insyaallah..